Internet Explorer merupakan pelayar web utama yang hadir bersama-sama sistem operasi Windows. Sejak beberapa tahun lepas, Microsoft telah mula menambah-baik penawaran pelayar web berkenaan, tetapi pengguna masih tidak dapat menerima penggunaannya – salah satu sebabnya adalah kerana jenama Internet Explorer yang selalu sinonim dengan pelbagai masalah ketika melayari web beberapa tahun lepas.
Pada awal tahun ini, ketika berkongsi mengenai beberapa fungsi Windows 10, Microsoft telah memperlihatkan pelayar web baru menggunakan nama kod “Project Spartan”. Kini, ia dilihat pelayar web berkenaan kelak akan menggantikan Internet Explorer, dan pada masa yang sama penggunaan jenama Internet Explorer akan ditamatkan secara berperingkat selepas itu.
Ia dikatakan Microsoft akan masih menyertakan Internet Explorer, tetapi lebih kepada Windows 10 versi perusahaan – sebaliknya untuk pengguna umum mereka dijangka akan memperkenalkan pelayar web baru berasaskan “Project Spartan” ini. “Project Spartan” ini dikatakan akan menjadi medium utama untuk para pengguna melayari web pada Windows 10 kelak.
Microsoft dikatakan masih sedang memikirkan nama baru untuk pelayar web mereka yang bakal menggantikan Internet Explorer kelak. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan Microsoft ini dalam masa beberapa bulan lagi, dan melihat sendiri bagaimana pihak Microsoft ingin mengubah persepsi pengguna terhadap pelayar web mereka melalui pengenalan jenama baru kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer Bersama-sama Pengenalan Windows 10"