Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ketahui Apakah Data Yang Diakses Oleh Aplikasi Android Pada Telefon Pintar Anda

Setiap aplikasi yang terpasang pada telefon anda, biasanya akan mengakses beberapa tetapan lain atau data pada telefon pintar dalam menawarkan beberapa perkara – seperti akses ke internet untuk memaparkan kemaskini pada aplikasi Facebook, akses kepada kamera untuk merakamkan gambar pada aplikasi Instagram – dan pelbagai penggunaan dan akses yang lain.


Google sendiri sering memaparkan akses yang diminta oleh sesuatu aplikasi ketika anda ingin memasangnya melalui Google Play Store – tetapi daripada pengamatan kami, sejumlah besar pengguna tidak mengambil peduli mengenainya.


Ketika anda memilih untuk memasang aplikasi – sama ada melalui web Play Store ataupun pada aplikasi di Android anda, ia akan memaparkan sebuah pop-up dengan sejumlah akses yang diperlukan untuk aplikasi tersebut berfungsi.


Play Store Install


Mungkin untuk aplikasi popular, ia sering dipantau oleh komuniti dan pelbagai maklumbalas dikongsikan melalui laman sosial mahupun ruangan komen. Namun, dengan jutaan aplikasi yang terdapat di PlayStore, ada baiknya anda juga turut melakukan semakan untuk sesuatu aplikasi berkenaan.


Sebagai contoh, kadang-kala anda mungkin akan dapat melihat aplikasi berbentuk permainan yang meminta akses ke buku alamat, dan beberapa aplikasi yang meminta akses untuk pelbagai perkara yang tidak diperlukan untuk ia berfungsi.


Kadang-kala masalah ini timbul kerana masalah kod ketika pengaturcaraan – dan anda boleh mengambil tidak untuk memasangnya, dan menghantar emel kepada pembangun bagi memberitahu mengenai masalah tersebut.


Pada masa yang sama, anda juga turut boleh melakukan semakan berkala kepada aplikasi yang sedia terpasang pada peranti mudah-alih anda. Salah satu aplikasi yang membantu dalam perkara ini adalah aplikasi Permission Friendly Apps.


Permission Friendly Apps


Menggunakan aplikasi berkenaan, anda akan dipaparkan dengan akses yang dipohon oleh sesuatu aplikasi yang terdapat pada peranti mudah-alih anda. Anda kemudiannya boleh memilih untuk membuang aplikasi berkenaan, ataupun kekal menggunakannya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ketahui Apakah Data Yang Diakses Oleh Aplikasi Android Pada Telefon Pintar Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info