Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Google Calendar Diperkenalkan Untuk iPhone

Google hari ini memperkenalkan aplikasi kalendar yang serba baru untuk para pengguna iPhone, menawarkan penawaran Google Calendar yang lebih kurang sama seperti untuk Android – termasuk dari segi fungsi dan rekabentuk antaramukanya.


Google Calendar


Melalui aplikasi ini, seperti biasa anda melihat kalendar dengan mudah, dan menghubungkan ia terus ke emel anda – sekaligus menjadikan pengurusan jadual harian lebih efisyen. Jika anda menggunakan GMail, pelbagai jadual dan acara juga turut dikemaskini secara automatik pada Google Calendar.


Disamping itu, Google juga turut menyertakan sokongan Asissts seperti pada Android dalam usaha memudahkan pengguna membuat input sesuatu jadual atau acara pada Google Calendar.


Secara kasar, kami amat meminati rekaan Google Calendar baru ini, telah menggunakannya untuk beberapa ketika pada Android. Bagi anda yang aktif menggunakan Google Calendar pada web, dan menggunakan peranti iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore hari ini.








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Google Calendar Diperkenalkan Untuk iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info