Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selepas Tiga Bulan, Penggunaan Android 5.0 Lollipop Hanya Mencapai 1.6%

Dalam pelbagai platform operasi, sokongan yang diberikan pengeluar untuk kemaskini bagi platform Android agak mengecewakan berbanding beberapa platform operasi yang lain. Kini, selang tiga bulan sejak pihak Google melancarkan Android 5.0 Lollipop secara rasminya, angka penggunaan versi sistem operasi terbaru tersebut hanya sekadar mencapai angka 1.6% penggunaan di seluruh dunia.


Sehingga kini, untuk pengguna tempatan, kemaskini hanya ditawarkan kepada pengguna peranti Samsung Galaxy S5, HTC One M8 dan juga Motorola Moto G 2013 sahaja, selain daripada penawaran untuk peranti Nexus.


Melalui statistik terkini yang dikeluarkan oleh Google, ia memperlihatkan Jelly Bean masih menduduki tangga teratas dengan jumlah penggunaan sehingga 44.5%, dan diikuti oleh Android 4.4 KitKat dengan 39.7%. Hanya versi KitKat dan Lollipop sahaja memperlihatkan peningkatan, sebaliknya yang lain menunjukkan trend penurunan pada bulan ini.


Android Februari 2015


Kebanyakkan peranti baru yang hadir pada hari ini datang dengan Android 4.4 KitKat, yang mana sekaligus menyumbang kepada data ini. Tetapi agak mengecewakan kerana kebanyakkan peranti yang dijual adalah peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah – yang mana tidak diberikan keutamaan oleh pengeluar untuk mengemaskini ke sistem operasi terbaru.


Google sendiri dilihat mencuba beberapa kaedah dalam mengatasinya – termasuk menawarkan pelbagai komponen secara berasingan dan menawarkan kemaskini melalui Google Play Store, sekaligus menjadikan sekuriti semasa peranti pengguna terjaga. Disamping itu, Google juga telah memulakan inisiatif Android One dalam bekerjasama dengan pengeluar peranti dan menawarkan kemaskini terus daripada Google.


Apa pun, masalah mengenai kemaskini Android ini mungkin akan berterusan, memandangkan sejumlah pengeluar masih tidak memberikan fokus mereka terhadap kemaskini perisian untuk peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah, sebaliknya hanya memfokuskan kepada peranti flagship sahaja.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selepas Tiga Bulan, Penggunaan Android 5.0 Lollipop Hanya Mencapai 1.6%"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info