Mobile World Congress atau MWC sering menyaksikan pelbagai produk baru diumumkan oleh pelbagai syarikat diseluruh dunia. Acara tersebut akan diadakan daripada 2 Mac ke 5 Mac ini, dan kini dilihat Microsoft akan berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka pada acara tersebut.
Buat masa ini, apakah yang bakal diumumkan oleh Microsoft masih tidak diketahui sepenuhnya lagi. Dengan pelbagai perkongsian mengenai Windows 10, tidak mustahil untuk mereka memperlihatkan Windows 10 pada telefon Lumia pada acara berkenaan, selain turut mengumumkan beberapa produk baru.
Pada tahun lepas, kita dapat menyaksikan pihak Microsoft dan Nokia hadir mengumumkan beberapa produk Lumia baru, selain turut hadir dengan peranti berasaskan Android dinamakan Nokia X.
Kini, selang setahun daripadanya, semestinya ramai yang menantikan apakah perkara baru yang bakal dikongsikan oleh pihak Microsoft bersama-sama pengguna seluruh dunia pada acara sama.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Turut Akan Mengumumkan Beberapa Perkara Baru Pada MWC 2015"