Facebook telah dimulakan pada 4 Februari 2004 yang lepas, dan pada tahun ini, kini laman sosial paling popular di dunia tersebut berumur 11 tahun. Dalam tempoh 11 tahun sejak diperkenalkan, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, dari segi pengenalan fungsi sehinggalah perubahan antaramuka.
Facebook pada awalnya hanya terhad kepada pelajar universiti di Amerika Syarikat sahaja, sebelum ia diperluaskan secara berperingkat, dan hari ini telah menjadi salah satu laman sosial terkemuka di dunia, dimana hampir semua dengan akses internet mempunyai profil mereka pada laman tersebut. Facebook sendiri sentiasa berevolusi dan menawarkan perubahan pada perkhidmatan mereka dalam memastikan pengguna sentiasa menemui sesuatu yang baru, dan kekal menggunakan perkhidmatan mereka.
Jadi, berikut adalah antara perubahan dari segi antaramuka yang telah dilalui oleh Facebook sejak daripada tahun 2005 yang lepas sehingga kini. Bagi anda, versi manakah yang paling diminati anda?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mari Lihat Perubahan Facebook Dari Tahun 2005 Sehingga Kini"