Apple pada tahun lepas telah mengambil-alih Beats, dan sejak daripadanya beberapa spekulasi berkaitan integrasi Beats Music telah dikatakan. Terkini, ia hadir semula, mengatakan Apple akan menggunakan teknologi disebaliknya, dan hadir dengan sokongan penstriman muzik tidak lama lagi.
Perkhidmatan penstriman muzik ini dikatakan akan turut diintegrasikan secara menyeluruh pada platform Apple, terutamanya iTunes – yang mana akan membolehkan pengguna membuat carian lagu dan terus mendengar melaluinya. Ia dikatakan perkhidmatan penstriman muzik ini akan ditawarkan pada harga langganan bulanan $7.99. Selain daripada itu, Apple juga turut dikatakan akan menggunakan profil Apple ID untuk pengurusan akaun untuk penstriman muzik ini.
Menariknya adalah dimana perkhidmatan penstriman ini akan ditawarkan untuk beberapa platform popular, termasuk Android. Ini sekaligus akan menjadikan penawaran perkhidmatan daripada Apple pada platform Android. Beats Music sedia ditawarkan pada platform Android, dan mungkin perkara ini tidak begitu mengejutkan ramai pihak.
Apple sebelum ini telah mengambil-alih Beats pada harga lebih kurang $3 bilion pada bulan Ogos lepas. Perkhidmatan penstriman muzik baru ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini – berkemungkinan sekitar WWDC kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pesaing Spotify – Turut Menawarkan Untuk Pengguna Android"