Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R1C Dilancarkan Secara Rasmi – Terhad Untuk Pasaran China Buat Masa Ini

Oppo hari ini telah pun melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru dibawah keluarga berspesifikasi pertengahan, dinamakan sebagai Oppo R1C. Telefon pintar ini baru sahaja diumumkan untuk pasaran China, dan tidak diketahui lagi ia akan diperluaskan untuk pasaran global.


Oppo R1C


Dari segi spesifikasi, Oppo R1C membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan Snapdragon 615 1.5GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD, kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel. Ia dijana menggunakan Android 4.4 KitKat dan dilengkapi.


Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM dengan rangkaian 4G, dan ia dilihat membawakan skrin dengan panel kaca sapphire untuk ketahanan yang lebih baik. Namun, ia dijangka akan ditawarkan dalam variasi berbeza dengan versi peranti asas.


Dari segi harga, Oppo R1C ini berharga 2499 Yuan, dan akan dijual di China bermula 20 Januari.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R1C Dilancarkan Secara Rasmi – Terhad Untuk Pasaran China Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info