Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Telefon Sama?

Pada hari ini, ada sesetengah pengguna yang turut menguruskan perniagaan kecil mereka dan mempunyai akaun Instagram khusus untuknya. Perkara ini sekaligus mungkin menyukarkan anda untuk menguruskan dua akaun Instagram pada sesuatu masa memandangkan akaun Instagram rasmi tidak menyokong log masuk ke dua akaun pada masa yang sama.


Untuk mengatasi perkara ini, salah satu alternatif yang disediakan oleh pembangun bebas adalah sokongan aplikasi dinamakan sebagai Instwogram. Ia hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.


Instwogram ditawarkan dalam bentuk APK, memerlukan anda memuat-turunnya dan memasangnya pada telefon pintar anda secara manual. Sebuah notifikasi akan diperlihatkan ketika anda memasangnya pada peranti Android, dan anda perlu aktifkan sokongan memasang aplikasi daripada “Unknown Sources”.


Sebaik sahaja selesai memasangnya, anda boleh menggunakan Instwogram dan Instagram pada masa yang sama, sekaligus membolehkan anda menggunakan dua akaun Instagram dalam telefon yang sama.


Instwogram



  1. Muat-turun Instwogram dalam bentuk APK.

  2. Pindahkan APK ke telefon (jika muat-turun dilakukan melalui komputer).

  3. Buka fail APK berkenaan, dan tekan Next.

  4. Selesaikan proses pemasangan. Anda akan diminta nyah-aktifkan sokongan sekuriti sementara untuk memasang daripada sumber di luar Google Play Store.

  5. Buka aplikasi Instwogram, log masuk, dan gunakannya seperti biasa.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Telefon Sama?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info