Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Sway Kini Untuk Semua – Memudahkan Anda Mengumpulkan Data Dan Mempersembahkan Ia Dengan Cantik

SwayMicrosoft pada awal Oktober lepas telah memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru mereka, dinamakan Sway. Secara kasarnya, ia memudahkan anda membuat persembahan dengan mengumpulkan data daripada pelbagai sumber di web dengan mudah, dan seterusnya memilih bentuk paparan dan corak yang anda inginkan sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain.


Ketika pengenalannya, ia diperkenalkan secara terhad dan memerlukan jemputan untuk menggunakannya. Kini, selang lebih dua bulan, pihak Microsoft membuka ia kepada umum. Microsoft Sway masih dilabelkan sebagai bentuk Preview buat masa ini, dan beberapa fungsi masih terhad padanya.


Beberapa pembaharuan turut diperkenalkan oleh Microsoft untuk Sway ini, dimana pengguna kini diberikan lebih pilihan untuk menyunting teks, dan turut disertakan adalah butang Undo seperti pada perisian pejabat mereka. Pengguna juga kini boleh memuat-naik fail PDF terus ke Sway untuk dikongsikan bersama-sama pengumpulan data mereka.


Microsoft Sway


Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Sway ini dengan ke laman Sway.com. Aplikasi mudah-alih untuknya masih terhad untuk pengguna di New Zealand, dan Microsoft ingin menerima maklumbalas awal untuknya terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada negara-negara lain.



Layari : Sway





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Sway Kini Untuk Semua – Memudahkan Anda Mengumpulkan Data Dan Mempersembahkan Ia Dengan Cantik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info