Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jalan utama Kuala Slim runtuh





Slim River: Penduduk di sekitar kawasan Kuala Slim, di sini terpaksa menggunakan laluan alternatif selepas jalan utama di kawasan berkenaan ditutup akibat tanah runtuh malam tadi.








Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 8.23 malam.





"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan jalan membabitkan kawasan 8 meter lebar dan 34 meter panjang dengan runtuhan sedalam 45 meter.





"Bagaimanapun tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian malam tadi dan operasi pemantau dilakukan di kawasan berkenaan serta laluan ditutup bagi semua kenderaan," katanya di sini, hari ini.





Menurutnya, operasi pemantauan diketuai Penolong Penguasa Bomba Md Zain Mohd Saedin, selain turut disertai oleh Jabatan Kerja Raya, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jalan utama Kuala Slim runtuh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info