Di tengah perpecahan berterusan dalam BERSATU, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu, yang akan dinamakan "Parti Apa Aku Dapat" dan terbuka kepada semua orang Melayu yang belum diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Tun Mahathir dipercayai merujuk kepada dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan kepada anggota parlimen Umno bagi mendapatkan sokongan mereka.
Tulisan Tun Mahathir itu muncul berikutan spekulasi PH dan sekutunya kini mendapat sokongan lebih ramai anggota parlimen termasuk mereka yang berada dalam kerajaan.
Tun Mahathir dan lima yang lain baru-baru ini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Muhyiddin dan tiga yang lain berhubung apa yang mereka dakwa sebagai pemecatan salah daripada parti itu.
Muhyiddin terperangkap dalam kontroversi selepas sebuah laman Facebook yang memihak kepada Tun Mahathir mengeluarkan siri rakaman audio yang dikatakan dirakam pada mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb 2020 lalu.
Dalam salah satu audio yang bocor, seorang individu yang suaranya mirip Muhyiddin didengar mengatakan bahawa anggota parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Setakat 21 Mei, dilaporkan 82.3 peratus daripada 113 anggota Parlimen PN dilantik dalam kabinet, menjadi timbalan menteri, dilantik dalam GLC mahupun diplomat khas.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

"PARTI APA AKU DAPAT"
1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.
2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.
3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.
4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau "Parti Apa Aku Dapat".
- Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
- Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.
- Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan
- untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan dll.
- Yuran: Tidak perlu.
Tulisan Tun Mahathir itu muncul berikutan spekulasi PH dan sekutunya kini mendapat sokongan lebih ramai anggota parlimen termasuk mereka yang berada dalam kerajaan.
Tun Mahathir dan lima yang lain baru-baru ini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Muhyiddin dan tiga yang lain berhubung apa yang mereka dakwa sebagai pemecatan salah daripada parti itu.
Muhyiddin terperangkap dalam kontroversi selepas sebuah laman Facebook yang memihak kepada Tun Mahathir mengeluarkan siri rakaman audio yang dikatakan dirakam pada mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb 2020 lalu.
Dalam salah satu audio yang bocor, seorang individu yang suaranya mirip Muhyiddin didengar mengatakan bahawa anggota parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Setakat 21 Mei, dilaporkan 82.3 peratus daripada 113 anggota Parlimen PN dilantik dalam kabinet, menjadi timbalan menteri, dilantik dalam GLC mahupun diplomat khas.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Musa Aman Bebas 46 Tuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram
- 15 Pemimpin Kaki Rasuah Yang Telah Di Penjarakan Di Seluruh Dunia
sumber: 1 | 2
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "'Parti Apa Aku Dapat' Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah 'Halal' Di Malaysia"