Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sifu Wing Chun Tumbang Di Tangan Jaguh MMA Dalam Tempoh 6 Saat

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pengamal seni bela diri Wing Chun yang berlawan dengan seorang petarung seni bela diri campuran (MMA) yang memetik laporan South China Morning Post, lelaki berkenaan sebelum itu telah membuat cabaran terbuka di media sosial kepada sesiapa yang ingin menentangnya.

Wing Chun fight MMA

"Adakah anda ingin berlawan dengan saya?" katanya sambil berdiri persis seorang 'sifu' kung fu.

Difahamkan, lelaki yang berasal dari Chengdu itu hanya mahu menguji kemahirannya berlawan serta mewakili seni Wing Chun.

Cabaran itu akhirnya disahut oleh seorang petarung MMA profesional China yang dikenali sebagai Li Jinhong.

Kedua-dua petarung itu kemudiannya bertarung dalam sangkar sebuah gim di Chengdu dan dalam hanya enam saat, petarung Wing Chun itu tumbang di tangan jaguh MMA tersebut.

Dipercayai video tersebut telah dirakam pada Disember tahun 2018 lepas dan ini bukanlah kali pertama perkara seumpama ini berlaku di China.

Pada tahun 2017 lalu, seorang guru Tai Chi, Ma Baoguo juga telah ditewaskan oleh seorang petarung MMA dalam masa hanya 20 saat.

Petarungan tersebut yang dirakam, menjadi tular di media sosial seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: astroawani



Banyak lagi menarik FB kami

http://bit.ly/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sifu Wing Chun Tumbang Di Tangan Jaguh MMA Dalam Tempoh 6 Saat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info