Sepanjang jalan pulang, kami tidak banyak bercakap. Sekali-sekala Datuk berdehem kecil dan Alang Abdul Rauf menguap. Lebih kurang dalam jarak lima batas kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah Alang Abdul Rauf saya terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.
Saya segera menoleh, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat dengan jelas dalam suasana gelap itu, kecuali gerakan dedaun serunai laut dan senduduk yang melintuk-lintuk ke kiri dan ke kanan diusik angin malam.
Isteri Alang Abdul Rauf membuka pintu. Cahaya dalam lampu gasolin yang tergantung di tengah rumah melimpah di halaman.
Isteri Alang Abdul Rauf yang memakai baju kurung labuh berdiri di muka pintu. Mukanya, kelihatan resah macam menyembunyikan sebuah kebimbangan yang amat sangat dalam hatinya.
“Lambat balik,” katanya sambil merenung ke kiri dan ke kanan halaman rumah.
Alang Abdul Rauf terus menguap di kaki tangga dan buat tidak kisah dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh isterinya.
“Oi, saya tanya kenapa lambat balik,” kali ini tekanan suara isterinya meninggi.
Alang Abdul Rauf garu cuping telinga macam orang baru terbangun dari tidur. Perbuatannya itu membuat saya ketawa kecil.
Akibatnya, telinga saya dijentik oleh Datuk. Pedihnya bukan kepalang. Saya segera mengerti, apa yang saya lakukan itu sudah agak keterlaluan.
“Belajarlah menghormati perasaan orang lain,” bisik Datuk.
“Saya tak sengaja tuk."
“Ajar diri, supaya lepas dari perbuatan tidak sengaja,” lanjut Datuk.
Sepasang matanya dijegilkan pada saya. Tidak berani saya menentangnya.
Menentang mata Datuk bererti membantah saranan yang diluahkannya, yang boleh menjadikan Datuk membebel sepanjang malam. Perkara macam itu tidak saya relakan berlaku.
“Ada guru agama, ceramahnya elok dan baik, kalau awak ikut sama tadi tentu beruntung,” Alang Abdul Rauf menjawab pertanyaan dari isterinya.
Jawapan itu memuaskan hati isterinya. Saya dan Datuk buka kasut lalu memijak mata anak tangga seperti yang dilakukan oleh Alang Abdul Rauf. Kami duduk di ruang rumah dengan pintu yang masih terbuka.
“Makan, nasi dan lauk dah siap,” beritahu isteri Alang Abdul Rauf.
“Mari kita makan,” jemput Alang Abdul Rauf.
Ketika saya mahu bangun, mata saya memandang ke arah pintu yang masih terdedah.
“Tuk tengok tu,” suara saya separuh meninggi.
Serentak Alang Abdul Rauf serta isteri dan Datuk memandang keluar. Muka mereka nampak berubah. Saya duduk kembali. Badan saya menggeletar dengan tiba dan bulu roma seluruh badan segera dirapatkannya.
“Masa awak ke masjid tadi, ada orang ketuk pintu dan panggil nama awak berkali-kali, bila saya buka pintu tak ada satu pun yang saya nampak, agaknya jembalang itulah yang mengetuknya,” dari dalam bilik isteri Alang Abdul Rauf terus bersuara.
Datuk renung muka Alang Abdul Rauf dan Alang Abdul Rauf yang mahu mendekati pintu segera dihalang. Disuruh berdiri sebelah kanannya.
“Jangan menggelabah, kita mesti tenang,” Datuk bersuara.
“Inilah kali pertama saya berdepan dengan perkara ganjil macam ni, tolonglah saya."
“Jangan minta tolong pada saya minta tolong dan perlindungan dari Allah.”
“Agaknya syaitan nak uji kita?”
“Boleh jadi juga,” Datuk menjawab pendek.
Datuk maju setapak ke muka pintu. Alang Abdul Rauf juga melangkah setapak.
Isteri Alang Abdul Rauf secara mengejut keluar dari bilik tidur dengan keris panjang terhunus di tangan. Rambutnya yang tadi bersanggul rapi mula menggerbang. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.
“Mak cik nak ke mana?”
Saya bangun dan mendekatinya. Badan saya ditolaknya dengan sekuat tenaga hingga saya terdorong ke dinding dan terus jatuh.
Datuk tidak pun mahu menoleh ke arah saya, kecuali Alang Abdul Rauf yang cuba menerkam ke arah saya tetapi, tidak berhasil kerana tangan Datuk memaut bahu kirinya.
“Jangan pedulikan semuanya tu,” suara Datuk parau tanpa memandang muka Alang Abdul Rauf. Alang Abdul Rauf merenung ke halaman rumah kembali.
“Biar aku tikam benda celaka tu dengan keris pusaka ni,” jerit isteri Alang Abdul Rauf lalu merempuh Datuk dan Alang Abdul Rauf yang berdiri di muka pintu.
Datuk berpusing ke kiri, bagaikan kilat tangannya menumbuk lengan kanan isteri Alang Abdul Rauf hingga keris jatuh terpacak di lantai. Ulu keris yang berbentuk paruh burung helang itu bergerak-gerak.
Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah. Jeritnya makin keras. Lengan bajunya dilipat hingga melepasi bahagian siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman rumah.
Datuk dan Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya.
Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, isteri Alang Abdul Rauf yang tahu langkah silat itu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah kemaluan suaminya.
Alang Abdul Rauf terbongkok-bongkok menahan kesakitan dan terus jatuh.
Isteri Alang Abdul Rauf yang seperti kemasukan syaitan itu, mula berhadapan dengan Datuk yang cuba menghalang usahanya.
Datuk kali ini, tidak mahu berlembut lagi. Kalau berlembut keadaan menjadi bertambah tidak tentu arah.
Saya pula memberanikan diri merenung ke halaman rumah. Ternyata saya tidak sanggup melihat ke arah tempat tersebut, siapa pun pasti menggeletar tubuhnya merenung sesuatu yang ganjil lebih-lebih lagi kalau benda yang dipandang itu tidak tentu bentuknya, boleh berubah dalam sekelip mata.
Sebentar menjadi bentuk manusia yang diselimuti dengan kain putih dari hujung kaki hingga ke kepala, sebentar jadi harimau atau gajah putih yang berbadan besar tertegun di halaman rumah.
“Tamar jangan tengok,” sergah Datuk.
Saya akur dengan cakapnya itu.
Datuk angkat tangan kiri lalu melepaskan satu pukulan yang agak kencang ke bahagian belikat isteri Alang Abdul Rauf, wanita itu tersandar pada dinding dan tidak bergerak.
“Rawat pak cik tu,” Datuk keluar perintah.
Saya terus mengurut-ngurut belakang Alang Abdul Rauf hingga rasa sengal dan sakit di kemaluannya hilang.
Alang Abdul Rauf bangun dan cuba menyandarkan isterinya tetapi Datuk melarangnya. Alang Abdul Rauf mencabut keris yang terpacak di lantai.
“Nak buat apa Alang?”
“Biar aku bunuh jambelang tu.”
“Jangan, bukan masanya.”
“Kita perlu bertindak.”
“Aku kata bukan masanya, faham tak?” suara Datuk mula keras.
Alang Abdul Rauf terus meletakkan keris atas lantai kembali. Saya diam tidak terkata. Tidak tahu, apa yang harus saya lakukan.
Hati kecil saya terus berdoa, semoga tidak akan terjadi perbalahan antara Datuk dengan Alang Abdul Rauf.
“Kau duduk bersila dekat Tamar, biar aku selesaikan kerja,” itu perintah Datuk dan Alang Abdul Rauf sedia mematuhinya.
”Apa yang aku buat jangan ditegur,” tambah Datuk lagi.
Serentak saya dan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Kami berpandangan sama sendiri.
Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh Alang Abdul Rauf tetapi, hati kecil saya tetap gementar dan cemas.
Datuk berdiri di muka pintu. Kedua belah kakinya dikangkangkannya sedikit. Sepasang tangannya diluruskan untuk beberapa minit saja.
Kemudian, sepasang tangannya itu terus memeluk tubuhnya dengan kejap. Matanya, tidak merenung halaman rumah.
Angin dinihari yang berputar di ruang pintu menggerakkan bahagian tepi baju yang dipakai oleh Datuk.
Isteri Alang Abdul Rauf masih belum sedarkan diri, kerana rasa dingin yang beransur kuat membuat saya menegakkan sepasang lutut dan terus memeluknya.
Datuk melangkah memijak mata tangga pertama hingga ke lima. Saya dan Alang Abdul Rauf merangkak perlahan-lahan ke muka pintu. Duduk di situ. Datuk memijak bumi dan terus mara ke arah lembaga berkain putih.
Datuk berdiri berdepan dengan lembaga berkain putih dalam jarak yang cukup dekat.
Andainya Datuk meluruskan tangannya ke depan sudah pasti ia boleh menyentuh tubuh lembaga itu tetapi, Datuk tidak akan berbuat demikian. Ia tetap memeluk tubuhnya.
Saya terdengar suara Datuk menyebut Bismillah dan disambut dengan beberapa ayat dan Al-Quran.
Selesai saja Datuk menamatkan pembacaannya, saya terdengar deru angin yang amat kuat, lembaga berkain putih terus berpusing perlahan-lahan, kemudian bertukar dengan cepat dan ligat macam gasing.
Dalam deru angin itu juga terdengar bunyi suara orang berkata-kata yang sukar difahami maknanya.
Lembaga berkain putih itu jadi pipis dan memanjang tanpa berhenti berpusing. Pakaian Datuk nampak bergerak-gerak dengan hebatnya tetapi, tubuhnya tidak bergerak walau satu inci pun dari tempat ia berdiri.
Saya tersentak bila terpandangkan lembaga yang berkain putih itu menjadi seketul, macam batang kayu sebesar pemeluk dan bergolek ke kiri dan kanan.
Semuanya tidak dipedulikan oleh Datuk. Ia tetap terpacak di situ, macam paku terlekat di pipi.
Dari bentuk batang kayu lembaga berkain putih itu bertukar lagi. Tegak memanjang dan tidak berhenti berpusing sambil mengeluarkan suara yang menderu seperti angin.
Makin lama, lembaga itu semakin tinggi melepasi bumbung rumah dan pepokok yang ada di sekitar halaman rumah.
Bentuknya juga turut bertukar, menjadi nipis macam asap. Bahagian bawahnya mengecil dan tajam, macam kayu yang sudah dipertajam untuk dibuat turus pagar, bahagian yang tajam itu bagaikan tidak menyentuh bumi dan tetap berpusing dengan ligatnya.
Bahagian atasnya tetap dalam bentuk asal. Terus menjulang bagaikan mahu bercantum dengan dada langit.
Cukup tinggi dan sayup mata memandangnya, tidak berhenti dan berpusing sambil mengeluarkan angin dan bunyi dengung yang amat, kuat, memekakkan anak telinga.
Datuk menundukkan kepalanya merenung bumi, bunyi dengung itu beransur perlahan dan lemah.
Muka saya dan Alang Abdul Rauf terasa panas macam terkena bahang api, muka kami berpeluh. Isteri Alang Abdul Rauf masih tidak bergerak.
Saya tidak tahu apakah rasa dan bahang panas itu dialami juga oleh Datuk atau tidak. Datuk tetap tertegun di tengah halaman macam tadi, bagaikan tidak terasa apa-apa.
Alang Abdul Rauf dan saya dikejutkan oleh satu ledakan yang amat kuat. Seluruh kawasan halaman terang-benderang.
Lembaga berkain putih yang meninggi separas langit terus ghaib. Saya lihat Datuk terlentang di atas bumi untuk beberapa saat.
Datuk bangun dan masuk ke rumah seluruh badannya berpeluh, macam orang jatuh dalam danau.
“Apa dia benda tu?” tanya Alang Abdul Rauf.
“Syaitan, sengaja mengusik kita,” balas Datuk selamba lalu duduk mencangkung di depan isteri Alang Abdul Rauf.
Datuk menyuruh Alang Abdul Rauf menyentap kaki isterinya dengan sekuat hati. Isteri Alang Abdul Rauf terjaga dan cuba menerpa ke arah keris yang terlentang di atas lantai. Alang Abdul Rauf menghalangnya.
Isterinya termenung. Datuk hembus muka isteri Alang Abdul Rauf dua kali berturut-turut.
Isteri Alang Abdul Rauf sandarkan badannya ke dinding. Ia kelihatan letih dan seperti orang hilang akal. Alang Abdul Rauf resah melihat keadaan isterinya itu.
“Biarkan di situ, kejap lagi dia pulih macam biasa,” ujar Datuk.
“Kenapa dia jadi macam tu?” Alang Abdul Rauf minta kepastian dari Datuk.
Saya lihat Datuk termenung sejenak, “Tiba-tiba saja bini saya jadi berani. Saya tahu dia memang penakut,” sambung Alang Abdul Rauf dengan wajah yang agak gusar.
Datuk mengeluh kecil sambil matanya merayap ke tiap sudut dinding. Datuk menyuruh saya merapatkan daun pintu.
Saya enggan melakukannya, tapi bila didesak untuk kali yang kedua saya terpaksa mematuhi dengan perasaan yang kecut. Bila daun pintu selesai saya rapatkan, saya terus duduk kembali dekat Alang Abdul Rauf.
“Seseorang yang terlalu takut, biasanya tenggelam punca dalam perhitungan. Bila sampai pada tahap ini, dia akan menjadi berani membabi buta, masa itulah syaitan meresap ke tubuhnya, akibatnya apa yang kamu lihat sekarang,” terang Datuk sambil merenung muka saya dan Alang Abdul Rauf berulang kali.
Bagaimana mahu mengatasinya, bila dah jadi macam tu?” soal Alang Abdul Rauf.
“Kita bacalah ayat-ayat suci yang boleh menghalau syaitan, minta bantuan dan pertolongan dari Allah, biasanya bila syaitan dah masuk, kita jadi lupa, sebelum terjadi kita mesti bersedia.”
“Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam, kemudian anggukkan kepalanya dua tiga kali.
Isteri Alang bergerak ke kiri dan ke kanan, mukanya yang jadi pucat, kelihatan kemerah-merahan. Ia menegur suami dan Datuk dengan penuh sopan.
“Mengucap dua kalimah syahadat,” kata-kala itu ditujukan oleh Datuk untuk isteri Alang Abdul Rauf.
Isteri Alang Abdul Rauf terus mengucapkan berkali-kali.
Datuk tersenyum panjang melihat isteri Alang Abdul Rauf bangun dan menuju ke dapur. Ia terus menjemput kami ke ruang dapur untuk makan malam.
“Sebelum tidur, suruh bini kamu sembahyang sunat dua rakaat, minta pada Allah supaya dijauhkan dari gangguan syaitan,” bisik Datuk pada Alang Abdul Rauf, sebaik saja selesai makan malam.
Alang Abdul Rauf memberi persetujuan untuk mematuhi apa yang dikatakan oleh Datuk.
Saya dan Datuk bersyukur pada Allah, sepanjang malam hingga fajar pagi, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi.
Paling menggembirakan hati, seisi rumah dapat menunaikan sembahyang subuh bersama-sama Datuk.
“Tengah hari sikit, kira-kira matahari di tengah pucuk kelapa dara, kami nak beransur ke tempat lain,” ujar Datuk sambil menjamah kuih makanan pagi.
“Nak ke mana agaknya?”
“Nak balik ke tempat sendiri, dah lama benar tinggalkan orang rumah,” balas Datuk lalu menghirup kopi.
Alang Abdul Rauf dan isterinya berbalas senyum.
Saya tunduk merenung lantai tetapi, mulut tidak berhenti mengunyah lepat pisang berinti kelapa. Kalau Datuk rindukan nenek, saya juga rindukannya.
Dan saya memang berharap Datuk tidak menukarkan rancangannya. Kalau boleh saya mahu Datuk berangkat segera.
Saya berhenti minum kopi dan berhenti menjamah lepat pisang lalu membasuh tangan.
Tepat jam sepuluh pagi, rumah Alang Abdul Rauf kami tinggalkan. Sambil melangkah menuju ke pekan Batu Gajah, ada serangkai cerita yang tersusun dalam tempurung kepala untuk saya persembahkan pada nenek.
Saya dapat membayangkan bagaimana rupa wajah nenek bila mendengar cerita yang mengerikan. Nenek pasti mempamerkan gusi dan giginya bila mendengar cerita lucu.
Semuanya mendorong dan membangkitkan keinginan saya untuk melihat wajah nenek.
Peluh terus mercik di dahi. Celah ketiak dan pangkal paha mula terasa bergetah. Perjalanan kali ini amat menyeronokkan. Datuk cukup ramah dan rajin bercerita.
“Saya terasa pening tuk,” saya mengadu padanya.
“Hum, kamu ni, kena panas sikit terus sakit kepala, bukankah dah aku cakapkan dengan kamu amalkan petua yang aku berikan dulu.”
“Petua?” saya terkejut dan memperlahankan langkah.
“Ha, kamu dah lupa?” Nada suara Datuk keras.
Saya terus mengedutkan dahi. Mengingati apa yang pernah Datuk tuturkan pada saya. Usaha saya tidak berhasil.
Kalau saya nyatakan padanya. Pasti saya kena marah. Dari kena marah ada baiknya saya membisu dan terus melangkah dalam panas terik.
“Kamu ingat petua tu, Tamar,” pertanyaan itu membuat hati saya cemas.
“Tak ingat, saya tak ingat tuk.”
“Jadi, apa yang kamu ingat?” sergah Datuk. Langkahnya mati. Biji matanya terbeliak. Saya terus membatu.
“Bukankah sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau malam, mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”
“Saya baru ingat tuk.”
“Lagi apa pesan dan petua dari aku.”
“Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan makan cili api.”
“Ha, tahu pun kamu. Ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”
“Setiap kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali berturut-turut, hingga sendawa.”
“Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari, kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening.”
Saya anggukkan kepala sambil membuat wajah minta dikasihani. Datuk tersenyum melihat telatah saya yang melucukan itu.
Dengan lembut sekali telapak tangannya menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemanjaan dan kemesraan. Saya tersengih panjang.
Langkah selanjutnya, adalah langkah yang cukup rancak. Peluh yang membasahi dahi terus saya kesat dengan telapak tangan.
Saya dan Datuk sudah pun melintasi kawasan tanah lombong yang ditinggalkan.
Pepasir nampak berkilau-kilau ditikam matahari yang amat terik tetapi, angin yang amat ramah membekalkan rasa sejuk ke seluruh badan.
Sesekali terlihat beberapa ekor burung gagak, mengais-ngais pepasir lombong.
Secara diam-diam saya mengambil seketul batu lalu melemparkan ke arah beburung gagak itu.
Saya tersenyum melihat beburung gagak itu berterbang sambil berbunyi. Datuk berdehem dua tiga kali berturut-turut. Tandanya, Datuk kurang senang dengan apa yang saya lakukan.
Saya dan Datuk sampai ke pekan Batu Gajah dan terus menuju ke stesen bas dan secara kebetulan, bas yang dingini memang sudah ada menanti.
Tanpa membuang masa kami terus naik bas berwarna biru gelap berjalur merah. Belum pun sempat tempat duduk jadi panas, bas pun bergerak.
Sampai di pekan kecil Pusing, turun lagi menanti bas lain yang akan membawa kami ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan.
Kerana bas yang dikehendaki belum tiba Datuk terus duduk di bangku kayu di kaki lima kedai. Saya minta kebenaran dari Datuk untuk merayau sekitar pekan kecil itu. Permintaan saya diperkenankan. Saya amat gembira.
TUPAI
Saya terus menuju ke kedai yang menjual burung dan binatang. Saya terpikat dengan arnab, kucing, tupai dan musang.
Dari situ saya masuk agak jauh ke perut kedai menuju ke tempat aneka jenis burung.
Sedang saya asyik memperhatikan beburung tersebut, seorang lelaki berusia sekitar empat puluhan masuk ke kedai.
Lelaki itu berbincang dengan penjual burung. Lama juga mereka berbincang dan bila saya amati, ternyata mereka berbincang tentang harga burung.
Terkejut juga hati saya bila lelaki Melayu itu sanggup membeli seekor burung dengan harga yang amat tinggi.
Burung yang mahu dibeli bukanlah jenis burung yang baik, malah tidak diminati oleh orang langsung.
“Setuju,” tanya penjual burung.
“Saya setuju, kalau tujuh ratus pun saya sanggup bayar.”
“Orang Melayu tak suka burung tu, orang Melayu kata burung jenis ini, bawa sial.”
“Saya nak buat ubat, sudahlah jangan banyak cakap,” bentak orang yang mengingati burung tersebut.
Penjual burung terus pergi ke bahagian belakang kedai.
“Ini dia burungnya, awak tengok,” penjual burung segera menayangkan seekor burung bubut.
Sesetengah orang menyebutnya sebagai burung but-but, berbulu agak kekuning-kuningan dan bermata merah. Si pembeli membelek-belek burung itu seketika.
Penjual burung masukkan burung itu ke dalam karung kertas. Setelah menyelesaikan pembayarannya. Pembeli terus membawa burung itu keluar.
Sebaik saja pembeli burung itu hilang di balik bangunan kedai, saya merasakan ada sesuatu yang aneh pada diri pembeli burung tersebut.
Kenapa burung yang tidak berapa digemari oleh masyarakat Melayu dibeli dengan harga yang begitu mahal sekali.
Tidak sukar mencarinya, asalkan sanggup keluar masuk belukar kecil atau di kawasan sawah terutama setelah musim menuai padi.
Mungkin si pembeli mempunyai maksud yang tertentu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Eh kamu.”
Satu tepukan singgah di bahu kiri. Wajah si penjual burung nampak terkejut. Saya toleh ke belakang. Bola mata saya mencakup wajah Datuk dalam keadaan yang kurang tenang.
“Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan pada Datuk.
Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di bahu saya.
“Kamu tahu, kerana kamu asyik tengok burung bas dah tinggalkan kita,” rungut Datuk.
Telapak tangannya tidak lagi berada di bahu saya. Tidak ada sesuatu yang dapat saya katakan padanya.
Datuk terus mengheret saya keluar dari kedai burung. Si penjual burung memandang perbualan Datuk dengan mata yang terkebil-kebil dan terus tersenyum panjang.
Saya disuruh duduk di bangku kayu dan tidak dibenarkan ke mana-mana. Saya menyesali diri sendiri kerana terlalu asyik memikirkan diri si pembeli burung yang aneh.
“Tuk.”
“Hum kenapa Tamar?”
“Orang beli burung but-but nak buat apa tuk?”
“Manalah aku tahu! Kenapa kau tak tanya sendiri,” Datuk seperti melepaskan geram pada saya.
Dan saya terima dengan kerdipan mata kecewa. Bunyi kenderaan yang lalu di jalan terus menyumbat lubang telinga. Bunyi kenderaan itu bagaikan menyorak diri saya sendiri.
“Setahu aku burung jenis itu dilindungi oleh pihak Jabatan Mergastua, tak boleh ditangkap apa lagi dijual, burung jenis tu dah nak pupus,” kali ini nada suara Datuk cukup lembut bersahaja, menghilangkan rasa sesal dalam diri saya.
“Burung jenis tu susah membelanya, biasanya orang tak suka membelanya, kata orang burung itu bawa padah buruk pada si pembelanya,” lanjut Datuk.
Keinginan saya untuk mengetahui cerita selanjutnya kian menjadi-jadi dalam hati.
“Kalau dah bawa sial buat apa dibeli?” saya menyoal.
Datuk menarik nafas panjang. Beberapa orang yang lalu di kaki lima kedai merenung ke arah Datuk.
Siapa pun akan merasa pelik melihat orang tua memakai baju butang lima yang dibuat dari kain keras, berseluar hitam dari kain kilat yang tidak sesuai dengan warna baju.
Paling melucukan Datuk memakai selipar kulit yang tapaknya senget sebelah.
“Biasanya, orang mencari burung tu untuk ubat patah, tapi burung yang ditangkap untuk dibuat ubat patah mestilah burung yang di hutan bukannya dibeli,” Datuk seperti merungut.
“Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”
“Ada tujuan lain yang tak baik.”
“Saya tak faham cakap tuk.”
“Nak buat aniaya sesama manusia, ini kerja syaitan,” Datuk mengeluh.
Saya angguk kepala. Bas yang dinanti pun tiba.
“Cepat Tamar.”
Datuk terus menarik tangan saya. Kami berlari ke pintu bas. Berhenti sebentar di situ memberi laluan pada orang yang mahu turun.
Bila orang habis turun, kami pun terus naik bas. Saya memilih bangku kosong di belakang pemandu.
Tidak ada bantahan dari Datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan dalam perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan kiri-kanan jalan.
KISAH
Dari pukul dua petang hingga sampai waktu maghrib, bermacam-macam kisah saya sampaikan pada nenek di anjung rumah berbumbung limas.
Kalau kisah lucu saya persembahkan, nenek ketawa terkekeh, kalau kisah seram yang dihidangkan wajah nenek nampak cemas.
Masuk saja waktu maghrib, Datuk terus mengajak saya ke surau, Sampai di surau saya disuruh melaungkan azan. Berkumandang suara saya ke seluruh kampung.
Selesai menunaikan fardu maghrib dan isyak, barulah saya dan Datuk pulang ke rumah. Sambung kembali cerita dengan nenek.
Tamat siri 83/284
BACA: SBDJ Siri 82: Harta Karun Di Kaki Changkat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)
-SENTIASAPANAS.COM

Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SBDJ Siri 83: Bunuh Jembalang"