Pada tahun 2012, umat Islam dikejutkan dengan filem pendek Innocence of Muslims yang dimuat naik ke laman YouTube. Video sepanjang 13 minit ini menghina keperibadian Rasulullah. Pelbagai demo jalanan dan rusuhan berlaku di seluruh dunia bagi memprotes kewujudan filem pendek ini di platform penstriman video nombor satu dunia. Mahkamah Mesir hari ini mengarahkan laman ini dihalang akses selama sebulan di negara tersebut akibat kesalahan memberikan akses kepada kandungan yang menghina sensitiviti masyarakat Islam.
Pada asalnya hukuman ini dijatuhkan pada tahun 2013 tetapi telah ditunda penguatkuasaannya selepas YouTube merayu keputusan kes. Selepas hampir lima tahun rayuan telah ditolak dan hukuman yang dijatuhkan perlu dikuatkuasakan. Tiada tarikh diberikan untuk halangan dimulakan. Pada waktu yang sama pautan terus kepada filem pendek ini perlu dihalang selama-lamanya.
Pihak YouTube telahpun memadam Innocence of Muslims atas arahan mahkamah pada tahun 2014 tetapi ini kemudian ditarik semula pada tahun 2015. Video yang dimuat naik semula masih boleh diakses di YouTube hari ini tetapi dengan amaran sebelum ia dapat dimainkan. Sehingga artikel ini ditulis akses kepada YouTube di Mesir masih belum dihalang.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Akan Dihalang Selama Sebulan Di Mesir Kerana Video Yang Menghina Nabi"