Vivo X21i telah dilancarkan di China dan ia sebuah X21 dengan beberapa perubahan kecil pada spesifikasi berbanding peranti asal. Ia mengekalkan skrin bertakuk, kamera dengan mod potret, sistem nyahkunci menggunakan wajah dan funmoji.
Ia dilengkapi skrin 6.28″ SAMOLED FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 4/6GB RAM, storan sebesar 64/128GB, kamera utama 12+5 Megapixel f/1.8, kamera swafoto 24-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3245 mAh. Sistem operasi Android 8.1 akan digunakan dengan pelancar Funtouch OS 4.0.
Sedikit aneh model dengan 6GB RAM mempunyai storan 64GB. Model dengan 4GB RAM dipadankan dengan storan 128GB. Kedua-dua model dijual pada harga RMB 2698 (~RM 1678).
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo X21i Dilancarkan Dengan Skrin Bertakuk Dan Pemproses Helio P60"