Sembang Maniac

Sembang-sembang je

StumbleUpon Menamatkan Perkhidmatan Selepas Beroperasi Selama 16 Tahun

StumbleUpon merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna menemui pelbagai artikel dan kandungan baru dengan mudah. Ia pada awalnya beroperasi dengan menyediakan sebuah toolbar khusus, dimana anda boleh klik pada butangnya, dan ia akan membawa anda kepada artikel rawak di web mengikut kegemaran anda.

Namun, dengan perkembangan arena internet, kaedah penemuan kandungan berubah dan berevolusi. Kini, ramai menemuinya melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

StumbleUpon Mix

Menyedarinya, kini pihak StumbleUpon mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan mereka, dan meminta pengguna beralih kepada perkhidmatan baru yang dibangunkan mereka, dinamakan Mix.

Mix merupakan perkhidmatan penemuan kandungan baru, dimana anda boleh memasukkan minat anda, dan seterusnya ia akan memaparkan sejumlah kandungan yang dioptimasikan untuk anda yang boleh anda baca.

Bagi pengguna StumbleUpon, anda boleh kekal menggunakan data akaun anda untuk mendaftar di Mix.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "StumbleUpon Menamatkan Perkhidmatan Selepas Beroperasi Selama 16 Tahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info