Semakin banyak peranti mempunyai tahap ketahanan kalis air IP68 di pasaran. Satu perkara yang jarang diperkatakan ialah selepas peranti terbenam di dalam air, port pengecasan akan diaktifkan sehingga peranti mengesan ia sudah kering. Ini ialah sistem keselamatan yang mengelakkan berlakunya kes renjatan. Di dalam situasi ini, pengecasan tanpa wayar amat berguna sementara menanti port pengecasan diaktifkan semula.
ONYXX ialah pengecas tanpa wayar mudah alih yang direka untuk penggemar aktiviti lasak. Ia berbentuk bulat dengan bateri sebesar 5000 mAh. Apabila peranti diletakkan di atasnya, ia akan memulakan proses pengecasan 10W menggunakan sistem Qi. Pada waktu yang sama terdapat port USB-C yang membolehkan ia mengecas seperti sebuah power bank biasa. Ia turut mempunyai kemampuan kalis percikan air supaya boleh digunakan di luar rumah tanpa masalah.
Pengecas tanpa wayar ini kini sedang mengumpul dana melalui laman biayasama Kickstarter dan boleh disokong pada harga $49 (~RM 195) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ONYXX Ialah Pengecas Tanpa Wayar Mudah Alih Untuk Kalis Percikan Air"