Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Surface 10-inci – Bersaing Dengan iPad

Microsoft sedia mempunyai penawaran komputer-tablet mereka tersendiri dinamakan Surface. Walaubagaimanapun, harganya boleh dikatakan sedikit mahal untuk pengguna umum.

Kini, dalam usaha mengatasinya, dan bersaing dengan iPad, Bloomberg melaporkan yang mana Microsoft merancang untuk memperkenalkan Surface berharga rendah. Microsoft dikatakan akan memperkenalkannya sekitar pertengahan kedua 2018 ini.

Tablet Surface baru ini dikatakan bakal menggunakan skrin bersaiz 10-inci, menyertakan rekaan dengan bucu sedikit melengkung seumpama iPad, serta menawarkan sambungan USB-C. Tablet ini turut dijangka menawarkan rekaan yang lebih ringan, mempunyai kickstand, dan bateri sekitar 9 jam.

Microsoft dijangka menggunakan cip Intel bersama dengannya, dan bukannya Qualcomm. Seperti Surface sedia ada, Surface versi berharga rendah ini turut dijangka hadir dengan penawaran papan kekunci, stylus, dan juga tetikus yang dijual berasingan.

Sebelum ini, Microsoft pernah hadir dengan penawaran Surface RT yang menyasarkan pengguna yang inginkan Surface tetapi pada harga sedikit rendah. Namun, ia tidak menerima permintaan tinggi kerana penggunaan aplikasi dan perisian yang terhad padanya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai penawaran Surface baru ini daripada Microsoft.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Surface 10-inci – Bersaing Dengan iPad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info