Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Ingin Menjadi Yang Terawal Memperkenalkan Produk 5G

Dengan perlumbaan untuk memperkenalkan rangkaian 5G oleh syarikat telekomunikasi seluruh dunia, ia turut memberikan tekanan kepada para pengeluar peranti untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan 5G tersendiri.

Beberapa pengeluar sedia membuat sasaran untuk memperkenalkan priduk 5G masing-masing bermula penghujung tahun ini. Pihak Lenovo turut tidak ingin ketinggalan.

Melalui temuramah bersama pihak CNBC, Lenovo mengatakan mereka ingin menjadi antara yang terawal memperkenalkan produk 5G mereka.

Walaubagaimanapun, mereka tidak menyatakan apakah produk berkenaan kelak – sama ada komputer riba, telefon atau sebagainya. Intel sendiri sebelum ini telah mengumumkan akan hadir dengan sejumlah penawaran produk komputer riba dilengkapi 5G pada 2019 kelak, dan berkemungkinan Lenovo merupakan salah satu rakan kerjasama mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam pengenalan produk 5G oleh para pengeluar bermula penghujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Ingin Menjadi Yang Terawal Memperkenalkan Produk 5G"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info