Kerangka biasanya dibeli bagi memastikan peranti tidak mengalami kerosakan sekiranya terjatuh. Terdapat ribuan rekaan kerangka di pasaran tetapi yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi Softbank sempena ulang tahun ke-sepuluh iPhone mungkin yang paling aneh dihasilkan.
Kerangka iPhone X ini juga berfungsi sebagai dumbel yang boleh digunakan untuk sesi angkat berat. Ia seberat 10 kilogram bagi menyambut tahun iPhone yang ke sepuluh. Selain digunakan untuk membina otot. kerangka ini juga boleh digunakan sebagai sendal pintu, pemberat kertas dan tukul.
Dengan penggunaan kerangka ini pengguna akan mempunyai otot yang lebih kuat serta pastinya tidak akan menggunakan peranti untuk masa yang lama. Ia dijual di Jepun pada harga 10800 Yen (~RM 386) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerangka iPhone Merangkap Dumbel Seberat 10 Kilogram Ini Dilancarkan Di Jepun"