Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Files Dalam Chrome OS Bakal Menyokong Paparan Fail-Fail Android

Tahukah anda walaupun Chrome OS adalah satu sistem operasi yang ringan, ia mampu menjalankan hampir semua aplikasi Android. Akan tetapi, mana-mana aplikasi Android yang dipasangkan fail-failnya disembunyikan oleh sistem Chrome OS dan tidak dapat diakses. Dalam kemaskini akan datang ini mungkin tidak akan lagi menjadi masalah kerana Google sedang menguji agar fail-fail aplikasi Android boleh dipaparkan dalam aplikasi Files.

Mengakses fail-fail aplikasi Android yang telah dipasang boleh memudahkan pengguna menguruskan fail-fail mereka seperti fail muat turun melalui aplikasi. Jika pengguna ingin mencuba fungsi ini, mereka boleh mengaktifkannya melalui flags dalam Chrome OS. Cari kod di bawah dalam flags melalui bar carian Chrome OS dan aktifkannya.

–show-android-files-in-files-app

Tidak dinafikan, transformasi Chrome OS semakin menjadi sistem Android dan semakin mempunyai banyak ciri dan fungsi. Jika Chrome OS boleh dipasang pada mana-mana komputer secara sah, saya akan tinggalkan Windows dan hanya menggunakan Chrome OS untuk kerja-kerja menulis saya.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi Files Dalam Chrome OS Bakal Menyokong Paparan Fail-Fail Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info