Tidak lama selepas kehadiran CPU AMD Ryzen Desktop 2000 untuk pasaran tempatan, nampaknya AMD juga mengumumkan kehadiran CPU kelas enterprise mereka melalui siri CPU AMD Ryzen Pro, iaitu siri CPU AMD Ryzen yang hadir dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, dan hadir dengan cip pemprosesan grafik Radeon Vega didalamnya.
Siri CPU ini terbahagi kepada dua unit, termasuklah untuk kegunaan komputer desktop dan juga komputer riba. Siri CPU AMD Ryzen Pro Desktop termasuklah AMD Ryzen 5 PRO 2400G, Ryzen 5 PRO 2400GE, Ryzen 3 PRO 2200G dan Ryzen 3 PRO 2200GE.
Ryzen PRO desktop processors with Radeon
Vega Graphics:
Model | CPU Cores | Threads | Max Clock (GHz) | Graphics Compute Units | Max GPU Clock (MHz) | L2/L3 Cache (MB) | TDP (Watts) |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 8 | 3.9 | 11 | 1250 | 6 | 65W |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 4 | 3.7 | 8 | 1100 | 6 | 65W |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 8 | 3.8 | 11 | 1250 | 6 | 35W |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 4 | 3.6 | 8 | 1100 | 6 | 35W |
Dari siri CPU AMD Ryzen Pro Mobile pula hadir CPU AMD Ryzen 7 PRO 2700U, Ryzen 5 PRO 2500U dan Ryzen 3 PRO 2300U. Kesemua CPU-CPU ini hadir dengan GPU AMD Radeon Vega terbina didalamnya, membuatkannya cukup sesuai sekali sebagai komputer rekaan kecil untuk kegunaan seharian.
Ryzen PRO mobile processors with Radeon
Vega Graphics:
Model | CPU Cores | Threads | Max Clock (GHz) | Graphics Compute Units | Max GPU Clock (MHz) | L2/L3 Cache (MB) | cTDP (Watts) |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 8 | 3.8 | 10 | 1300 | 6 | 15W Nominal |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 8 | 3.6 | 8 | 1100 | 6 | 15W Nominal |
Ryzen![]() ![]() |
4 | 4 | 3.4 | 6 | 1100 | 6 | 15W Nominal |
Selain daripada kehadiran cip pemprosesan grafik, siri CPU AMD Ryzen Pro terbaru ini juga hadir dengan AMD GuardMI yang mempunyai ciri-ciri keselamatan digital seperti Transparent Secure Memory Encryption, Secure Boot dan Trusted Application Enablement.
Dari segi prestasi, AMD menjanjikan bahawa CPU-CPU AMD Ryzen Pro Mobile ini membolehkan komputer-komputer riba bertahan selama 16 jam dengan satu pengecasan penuh, manakala AMD Ryzen Pro untuk komputer desktop pula boleh menjalankan tugasan pengolahan 3D, kerja-kerja hospital dan juga pejabat tanpa sebarang masalah.
CPU-CPU AMD Ryzen Pro ini tidak boleh dibeli dari kedai, dan hanya akan hadir melalui jenama-jenama pembina komputer OEM seperti Dell, Lenovo dan HP buat masa ini. Menurut AMD, diantara model-model yang akan hadir dengan konfigurasi CPU AMD ini termasuklah Dell Latitude 5495, Dell OptiPlex 5055, HP EliteBook 700 G5 series, HP ProBook 645 G4, HP EliteDesk 700 series, Lenovo ThinkPad A series, dan Lenovo ThinkCentre M715q and M725s.
Buat masa ini, pihak AMD Malaysia masih belum mengumumkan lagi bilakah komputer-komputer dan laptop-laptop yang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen Pro ini akan memasuki pasaran tempatan, tetapi, terdapat kebarangkalian bahawa ia akan tiba tidak lama lagi, bergantung kepada jenama-jenama pembuat peranti-peranti tersebut.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Memperkenalkan Siri CPU AMD Ryzen Pro – Akan Hadir Melalui Pembina Komputer Dan Laptop"