Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Acah OnePlus 6 Menjanjikan Ia Sebuah Peranti Yang Pantas

Setakat ini kita mengetahui OnePlus 6 akan dilengkapi skrin bertakuk. Imej  yang tertiris turut menunjukkan ia akan dilengkapi dwi-kamera yang disusun secara menegak dan mengekalkan bicu audio. Hari ini akaun Twitter rasmi OnePlus telah berkongsi sebuah video acah pendek.

Video tersebut hanya memaparkan perkataan “The speed you need”. Ini adalah petanda awal peranti ini mempunyai kepantasan pada pemproses dan juga multi-tugas. Tahun lalu OnePlus 5T adalah peranti terpantas di pasaran dalam ujian melancarkan pelbagai aplikasi secara berganti-ganti. Ini dapat dilakukan kerana saiz RAM yang besar memastikan kesemua aplikasi sedia digunakan tanpa perlu segar semula. Adakah anda tidak sabar untuk menantikan kemunculan OnePlus 6?



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Video Acah OnePlus 6 Menjanjikan Ia Sebuah Peranti Yang Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info