Bahang Piala Dunia 2018 semakin dirasai dan pasti ramai di kalangan pembaca Amanz mempunyai pasukan “tumpangan” yang akan disokong kerana Malaysia bukan antara pasukan yang bertanding. Bagi mereka yang ingin menunjukkan sokongan kepada pasukan pilihan, tetikus tanpa wayar Logitech M238 Fan Collection telah dilancarkan.
Tetikus tanpa wayar ini dihiasi dengan corak bendera enam negara iaitu Jerman, England, Sepanyol, Perancis, Brazil dan Argentina. Setiap tetikus ini mampu berfungsi selama setahun sebelum bateri perlu diganti. Sistem Bluetooth pula memastikan ia boleh berhubung dengan komputer sehingga jarak maksimum 10 meter. Logitech M238 Fan Collection dijual pada harga RM 69 sebuah bermula bulan ini.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tetikus Sempena Piala Dunia Logitech M238 Fan Collection Dilancarkan"