Pada minggu ini, kita telah mendengar yang mana Google bersama-sama beberapa syarikat lain sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan salah satu bahagian pada Nokia yang seperti tidak lagi diteruskan pembangunannya, iaitu Nokia Health.
Nokia Health memfokuskan kepada beberapa peranti dengan integrasi ciri-ciri kesihatan, termasuk jam tangan pintar, penimbang berat, sensor tidur dan sebagainya.
Terkini, hadir laporan baru mengatakan yang mana, selain daripada Google, pihak Samsung turut dalam perbincangan untuk mendapatkan Nokia Health ini.
Seperti ramai sedia maklum, sekiranya Samsung berjaya mendapatkannya, maka ia akan melengkapkan lagi penawaran peranti berhubung Samsung, dan menambah-baik lagi portfolio mereka.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa syarikat lain yang turut dalam perbincangan dan berminat untuk mendapatkan Nokia Health.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Turut Berminat Untuk Mendapatkan Nokia Health"