Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Vivo Y71 Tertiris – Dijana Pemproses Snapdragon 425 Dan Skrin Nyah-Takuk

Minggu lalu Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan merupakan peranti skrin bertakuk pertama Vivo di pasaran tempatan. Bagi mereka yang kurang menggemari skrin bertakuk, Vivo akan melancarkan Vivo Y71, sebuah peranti baru tanpa takuk dan dijana pemproses Snapdragon 425.

Rekaan Vivo Y71 tertiris selepas ia memasuki pangkalan data TENAA. Peranti ini dilengkapi skrin 5.99 inci FHD+, dijana pemproses Snapdragon 425. memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3285 mAh. Ia menggunakan Android 8.0 dengan pelancaran Funtouch OS.

Telefon pintar ini tidak dilengkapi pengimbas cap jari. Besar kemungkinan hanya sistem imbasan wajah yang amat popular sekarang. Ia juga masih menggunakan port MikroUSB dan dilengkapi bicu audio 3.5mm. Vivo Y71 mungkin akan dilancarkan minggu ini.

Sumber TENAA



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Vivo Y71 Tertiris – Dijana Pemproses Snapdragon 425 Dan Skrin Nyah-Takuk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info