Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pra-tempahan Oppo F7 Akan Dibuka Pada 16 April – Turut Menyertakan Aksesori Bernilai RM 299

Oppo F7 merupakan model terkini dalam siri F yang memfokuskan selfie dan ia bakal dilancarkan pada 19 April ini untuk pasaran Malaysia. Khusus untuk peminat siri ini yang ingin mendapatkannya lebih awal dari pengguna yang lain, pihak Oppo Malaysia akan mengadakan pra-tempah Oppo F7 bermula 16 April sehingga 20 April 2018 dan turut menawarkan aksesori bernilai RM 299.

Menerusi pra-tempah ini, pengguna hanya perlu ke laman web yang disediakan Oppo untuk mendaftar minat mereka bagi membeli Oppo F7, dan melakukan pembayaran deposit RM 100. Berdasarkan dari gambar promosi, pengguna yang melakukan pra-tempahan Oppo F7 bakal menerima fon kepala bluetooth, cangkerang telefon Oppo F7, dan juga cincin pemegang telefon yang popular digunakan pada masa kini.

Malah satu perkara yang menarik lagi adalah Oppo bakal melakukan cabutan bertuah yang mana sekiranya pengguna berpeluang mendapatkan telefon tersebtu secara percuma apabila melakukan pembayaran deposit untuk pra-tempahan tersebut.

Buat masa ini, harga sebenar Oppo F7 masih tidak diumumkan namun jika anda mencari peranti selfie dengan kamera 25MP, kemasan yang menarik, RAM sebesar 6GB malah storan sehingga 128GB, tawaran pra-tempah ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Pra-tempah: Oppo F7



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pra-tempahan Oppo F7 Akan Dibuka Pada 16 April – Turut Menyertakan Aksesori Bernilai RM 299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info