Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Huawei P20, Xiaomi Mi Mix 2S, Grab Uber

Minggu ini menyaksikan Huawei melancarkan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang hadir dengan sokongan kamera sehingga 40-megapixel, ciri kalis air, pembesar suara stereo, dan bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan.

Selain Huawei P20 Pro, peranti Huawei Mate RS turut diperkenalkan dengan pengimbas cap jari pada skrin, ciri pengecasan tanpa wayar, dan juga turut menyertakan tri-kamera.

Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Xiaomi Mi Mix 2S. Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPad generasi baru yang hadir dengan harga lebih kompetitif, serta menyertakan sokongan input berasaskan Apple Pencil. Selain iPad, Apple turut telah menawarkan kemaskini iOS 11.3 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri baru.

Grab dan Uber pada minggu ini turut mengumumkan yang mana mereka akan menyatukan perniagaan, dan Grab akan kekal beroperasi selepas ini, sementara Uber akan ditamatkan penawarannya untuk rantau Asia Tenggara. Perubahan ini turut meliputi Uber Eats yang akan mula dikenali dengan nama GrabFood.

Dan akhir sekali, perkhidmatan Yonder Music dilihat telah dihentikan sementara, dan memerlukan pelanggan Celcom untuk beralih ke perkhidmatan penstriman muzik yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Huawei P20, Xiaomi Mi Mix 2S, Grab Uber"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info