Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Membangunkan Sistem Operasi Berasaskan Linux, Azure Sphere OS Untuk Kegunaan Peranti Berhubung

Hari ini kami laporkan, Android Things iaitu sistem operasi berasaskan Android untuk kegunaan peranti berhubung sudah menghampiri versi akhir. Microsoft turut tidak ketinggalan dalam arena peranti berhubung.

Hari ini di San Francisco, Microsoft mengumumkan Azure Sphere iaitu produk untuk digunakan pada peranti berhubung. Secara asasnya, Azure Sphere adalah cip pengawal mikro yang mempunyai sistem penyulitan end-to-end.

Lebih menarik sekali, Azure Sphere ini tidak menjalankan sistem operasi Windows tetapi sistem operasi berasaskan Linux yang dinamakan Azure Sphere OS. Sistem ini juga boleh disambungkan terus ke perkhidmatan sekuriti awan mereka iaitu Azure Sphere Security Service.

Untuk pengenalan terhadap ekosistem Azure Sphere, Microsoft akan memberi lesen percuma untuk penggunaan cip peranti berhubung mereka ini secara percuma. Menurut Microsoft, mereka menggunakan Linux kerana menginginkan ekosistem peranti berhubung yang lain daripada yang lain. Produk Microsoft terbaru ini juga berasaskan sumber terbuka dan rakan kerjasama mereka bebas mengintegrasikan sistem ini pada produk mereka.

Set pertama cip Azure Sphere ini akan dihasilkan oleh Mediatek. Ia adalah cip berkuasa rendah dengan satu teras ARM-A7 pada kelajuan 500MHz. Ia juga mempunyai sokongan sambungan WiFi dan juga beberapa port sambungan lain.

Disebabkan Azure Sphere ini adalah produk sumber terbuka, Microsoft turut menyatakan ia boleh disambungkan dengan Amazon Web Services (AWS) atau Alibaba Cloud. Sama-sama kita nantikan produk peranti berhubung berasaskan ekosistem Azure Sphere di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Membangunkan Sistem Operasi Berasaskan Linux, Azure Sphere OS Untuk Kegunaan Peranti Berhubung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info