Google kerap menambah ciri baru pada Google Maps bagi memudahkan pengguna. Sebelum ini mereka menambah sokongan bahasa Malaysia dan memaparkan laluan untuk pengguna kerusi roda.

Terkini aplikasi pemetaan Google ini dilihat sedang menguji sedikit perubahan pada rekaan, dimana ia kini mengguna-pakai elemen rekaan berasaskan bulat dan bercirikan lebih minimalisitik. Buat masa ini, elemen rekaan ini hanya dapat dilihat oleh segelintir kecil pengguna sahaja, dan boleh dikatakan masih pada peringkat ujian buat masa ini.
Ini juga mungkin salah satu langkah Google untuk mengubah rekaan aplikasi mereka untuk Material Design 2.0 yang mungkin diumumkan pada acara Google I/O tidak lama lagi. Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari elemen rekaan baru ini?
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Sedang Menguji Elemen Rekaan Baru Untuk Aplikasi Google Maps"