Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google “Menghentikan Sementara” Pembangunan Untuk Google Allo

Google sebelum ini telah bereksperimen dengan pelbagai variasi aplikasi permesejan, namun masih tiada yang benar-benar mencapai popularitinya sehingga ke hari ini. Paling terkini, Google mempunyai penawaran aplikasi permesejan dengan integrasi Google Assistant, dinamakan Allo.

Bercakap mengenainya, kini ia dilihat gergasi internet berkenaan menghentikan sementara pembangunan Google Allo, dan lebih memfokuskan kepada Android Messages.

Ia dikatakan tidak ramai pengguna yang menggunakan Google Allo – sekaligus membuatkan ia tidak begitu berbaloi untuk Google membelanjakan sumber untuk bersaing dengan WhatsApp mahupun Facebook Messenger.

Buat masa ini, Google masih belum merancang untuk menamatkannya. Pengguna sedia ada akan terus dapat menggunakannya seperti biasa, dan Google akan menyokongnya .



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google “Menghentikan Sementara” Pembangunan Untuk Google Allo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info