Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mematikan Ciri Mencari Pengguna Lain Menggunakan Emel Atau Nombor Telefon

Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja yang mencari pengguna lain menggunakan alamat emel atau nombor telefon – dan menambah mereka menjadi rakan, atau melihat beberapa informasi ringkas mengenai seseorang.

Kini, dengan skandal data melibatkan Facebook, mereka mengumumkan sejumlah perubahan pada platform mereka – termasuk mengumumkan yang mana kini mereka mematikan ciri mencari pengguna lain menggunakan emel atau nombor telefon.

Facebook mengatakan langkah ini akan mengurangkan beberapa pihak yang menyalah-gunakan ciri ini untuk mendapatkan informasi awam daripada Facebook dengan hanya menggunakan nombor telefon atau alamat emel yang dimiliki mereka.

Dengan perubahan ini, ia kini mungkin sedikit sukar untuk anda membuat pencarian rakan di platform berkenaan – terutamanya sekiranya mempunyai beberapa pengguna lain dengan nama sama. Tetapi, untuk jangka masa panjang dan dari segi privasi, ia merupakan yang terbaik untuk semua pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Mematikan Ciri Mencari Pengguna Lain Menggunakan Emel Atau Nombor Telefon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info