Sembang Maniac

Sembang-sembang je

DxO Labs Dilaporkan Mengalami Masalah Kewangan

Nama DxO terkenal kerana mereka melakukan ujian penanda aras untuk pelbagai jenis kamera di pasaran. Setakat ini telefon pintar yang mempunyai tanda aras kamera tertinggi adalah Huawei  P20 Pro.

DxO Labs adalah syarikat yang membangunkan perisian penyunting gambar DxO Photolab dan menawarkan kamera tambahan DxO One untuk iOS dan Android. Oleh itu, DxO Mark tidak terkesan kerana pada tahun 2017 mereka telah berpisah dan menjadi syarikat persendirian.

DxO Labs turut memberi kenyataan rasmi di mana mereka tidak akan mengisytiharkan syarikat sebagai muflis atau menjual perniagaan mereka. Sebaliknya DxO Labs akan menyusun semula organisasi syarikat dan membuat perancangan perniagaan baru.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "DxO Labs Dilaporkan Mengalami Masalah Kewangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info