Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Mengesahkan Mereka Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video

Asus sebelum ini sedia hadir dengan penawaran keluarga ROG yang memfokuskan komputer riba dan peralatan dalam arena permainan video dan multimedia. Kini, dengan populariti permainan video mudah-alih (permua), Asus kini turut mengesahkan mereka bakal hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan video.

Namun, Asus tidak memberikan sebarang latar-masa pengenalan untuk telefon pintar berkenaan. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan mengekalkan penjenamaan Zenfone, atau akan ditawarkan dibawah penjenamaan ROG.

Buat masa ini, antara syarikat yang menawarkan peranti memfokuskan permua ini adalah termasuk Razer dengan Razer Phone, dan terkini adalah Xiaomi melalui Black Shark. Dengan populariti permua yang semakin popular dari hari ke hari, apatah lagi dengan arena e-sukan yang turut meliputi permua, tidak mustahil kita melihat penawaran peranti memfokuskan permua daripada pelbagai pengeluar dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Asus Mengesahkan Mereka Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info