Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(April Fool) OnePlus Hadir Dengan Kriptowang Tersendiri – PeiCoin

OnePlus sering hadir dengan beberapa jenaka kreatif pada setiap 1 April, dan untuk tahun ini, mereka mengambil kesempatan pada populariti kriptowang, dan hadir dengan penawaran mereka tersendiri dinamakan PeiCoin – dinamakan bersempena dengan pengasas OnePlus, Carl Pei.

PeiCoin

Melalui laman PeiCoin yang disediakan, OnePlus mengatakan ia diintegrasikan terus untuk dilombong melalui OxygenOS, selain memudahkan pengguna OnePlus menguruskannya melalui dompet digital yang hadir pada peranti OnePlus.

Seperti biasa, ia hanya sekadar jenaka kreatif oleh OnePlus sahaja. Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkan kriptowang PeiCoin ini sekiranya ia benar-benar ditawarkan?



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(April Fool) OnePlus Hadir Dengan Kriptowang Tersendiri – PeiCoin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info