Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Health Dilancarkan – Pengangkutan Untuk Pesakit Mendapatkan Rawatan Susulan Di Hospital

Di Malaysia terdapat perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan penghantaran makanan Uber Eats. Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang keberatan untuk keluar memandu. Kini perkhidmatan Uber Health pula diumumkan di Amerika Syarikat bagi tujuan menawarkan pengangkutan kepada pesakit ke hospital.

Uber Health bukanlah perkhidmatan ambulans ketika kecemasan. Sebaliknya ia adalah bagi memastikan pesakit dapat ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjutan. Mereka tidak akan lagi terlepas janji temui dengan doktor walaupun tidak mempunyai kenderaan peribadi ataupun tiada siapa boleh menghantar ketika tidak boleh memandu.

Kenderaan Uber Health boleh ditempah beberapa jam atau 30 hari lebih awal sebelum janji temu dengan doktor. Tempahan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau wakil hospital bagi pesakit yang mungkin tidak mempunyai telefon pintar.

Pelancaran perkhidmatan ini hadir hanya beberapa hari selepas terdapat laporan orang ramai di Amerika Syarikat kini menggunakan Uber ke hospital apabila sakit. Mereka tidak lagi menggunakan talian 911 untuk memanggil ambulans.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Health Dilancarkan – Pengangkutan Untuk Pesakit Mendapatkan Rawatan Susulan Di Hospital"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info