Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mengumumkan Berkas PlayStation 4 Pro Edisi God Of War Pada Harga RM1999

God of War merupakan permainan terbaru untuk siri God of War yang akan dikeluarkan pada 20 April eksklusif di konsol PlayStation 4. Bersempena pelancaran permainan ini, Sony juga mengumumkan berkas PlayStation 4 Pro edisi God of War yang akan ditawarkan pada tarikh yang sama.

PlayStation 4 God of War

Berkas ini mengandungi permainan God of War dalam bentuk fizikal, juga konsol PlayStation 4 Pro yang mempunyai corak seakan kapak Leviathan yang digunakan oleh Kratos dalam permainan ini. Pengawal DualShock 4 juga mempunyai rekaan khas berdasarkan kepada God of War.

Harga yang disyorkan oleh Sony adalah RM1999 untuk pasaran Malaysia iaitu RM200 lebih mahal berbanding harga PlayStation 4 Pro yang biasa. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan God of War sahaja, ia ditawarkan pada harga bermula RM209 sehingga RM549 untuk Collector Edition.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Mengumumkan Berkas PlayStation 4 Pro Edisi God Of War Pada Harga RM1999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info