Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Digital Light Mercedes Memancarkan Ikon Navigasi Dan Amaran Pada Permukaan Jalan

Kereta semakin pintar kerana teknologi pada kenderaan harus bergerak selari dengan peranti pintar yang digunakan oleh pemandu. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini teknologi swapandu menjadi tumpuan pengeluar. Di Mercedas bukan sahaja kereta perlu dipintarkan, malahan lampu kereta juga perlu dipintarkan sekali. Hasilnya ialah lampu Digital Light versi terkini yang digunakan pada Mercedes-Maybach S-Class.

Digital Light ialah sistem lampu LED yang nyalaannya boleh dikawal secara individu. Pada waktu malam ikon arah navigasi, jalan yang licin, amaran kemalangan, amaran halaju, dan amaran jalan dalam pembinaan boleh dipancarkan pada permukaan jalan sebagai panduan kepada pemandu. Sistem ini juga bijak menurunkan lampu tinggi apabila mengesan terdapat kenderaan di hadapan.

Sistem yang diperlihatkan ini adalah penambahbaikan kepada sistem Digital Light asal yang dilancarkan pada tahun 2016. Ianya kini lebih pintar dengan pancaran lampu 2 Juta pixel bagi memaparkan ikon yang lebih tajam pada permukaan jalan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Digital Light Mercedes Memancarkan Ikon Navigasi Dan Amaran Pada Permukaan Jalan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info