Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Poster Vivo V9 Tertiris Memperlihatkan Dwi-Kamera Belakang Dan Skrin Bertakuk

Beberapa gambar acah awal untuk Vivo V9 telah pun hadir sebelum ini melalui papan iklan dan juga pertandingan di media sosial. Terkini, sebuah poster baru hadir tertiris ke arena web yang memperlihatkan bukan sahaja bahagian hadapan peranti, tetapi juga bahagian belakang Vivo V9 secara ringkas.

Vivo V9

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menggunakan skrin bertakuk dihadapan, dan pada bahagian belakang pula, ia menyertakan penggunaan dwi-kamera serta pengimbas cap jari.

Secara kasar, jikalau dilihat, ia boleh dikatakan yang mana Vivo V9 mengambil sedikit inspirasi rekabentuk daripada iPhone X.

Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya bilakah Vivo akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka ini. Dengan pelbagai ketirisan ini, kita mungkin melihat ia dilancarkan sekitar bulan ini atau April kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Poster Vivo V9 Tertiris Memperlihatkan Dwi-Kamera Belakang Dan Skrin Bertakuk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info