Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengesahkan Windows 10 S Akan Hadir Sebagai “S-Mode” Pada Windows 10

Microsoft sebelum ini telah hadir dengan sebuah variasi sistem operasi khas mengkhususkan pendidikan dinamakan sebagai Windows 10 S. Ia menawarkan pengalaman penggunaan Windows, tetapi mengehadkan pemasangan aplikasi melalui Microsoft Store. Buat masa ini, Windows 10 S hadir pada beberapa peranti sahaja, seperti Surface Laptop.

Dengan penawaran sistem operasi sebagai versi berasingan, ia boleh dikatakan pembangunannya akan menggunakan lebih banyak sumber berbanding kebiasaan.

Untuk meningkatkan kadar keefisyenan dalam pembangunan, pihak Microsoft sebelum ini telah diperkatakan yang mana akan mengabungkan kedua-duanya menjadi satu sistem operasi Windows 10, dan “S” akan ditawarkan sebagai mod khusus.

Pihak Microsoft hari ini dilihat mengesahkan perkara berkenaan, dan mengatakan mod baru ini akan disertakan pada versi sistem operasi akan datang tahun hadapan.

Langkah ini juga sekaligus akan memudahkan lagi pengguna memahami sistem operasi Windows 10 – selain memudahkan naik-taraf dilakukan kepada versi Windows 10 penuh dengan mudah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengesahkan Windows 10 S Akan Hadir Sebagai “S-Mode” Pada Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info