Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Indonesia Menghalang Akses Ke Perkhidmatan Tumblr

Kerajaan Indonesia hari ini telah menghalang akses kepada perkhidmatam Tumblr. Halangan ini dilakukan oleh kerajaan di negara berkenaan kerana mempunyai pelbagai kandungan lucah pada perkhidmatan berkenaan.

Tumblr merupakan salah satu perkhidmatan blog-mikro yang dimiliki oleh Yahoo!. Pengguna boleh berkongsi gambar, video, teks dan sebagainya melalui platform berkenaan.

Kerajaan Indonesia mengatakan mereka telah meminta kandungan lucah dihalang akses daripada Tumblr tetapi tidak menerima sebarang maklumbalas. Kini, selepas lebih daripada tempoh yang diberikan kepada Tumblr, pihak kerajaan Indonesia mengambil pilihan untuk menghalang akses ke Tumblr.

Sebelum ini, Indonesia turut meminta WhatsApp menghalang ciri GIF beranimasi disebabkan oleh sebab yang lebih kurang sama.

Seperti biasa, kerajaan Indonesia terbuka untuk membuang halangan kepada Tumblr selepas kandungan berkaitan dibuang, serta menepati peraturan yang ditetapkan oleh negara berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Indonesia Menghalang Akses Ke Perkhidmatan Tumblr"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info