Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mate RS Porsche Design Akan Dilancarkan Bersama Dengan P20

Selamat pagi dan tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Huawei P20 dilancarkan secara rasmi dari kota cahaya Paris. Semalam video acah dikongsi oleh pihak Huawei yang memberikan petanda mereka akan melancarkan P20 Porsche Design. Tetapi nampaknya ini tidak akan berlaku dan sebaliknya Huawei Mate RS Porsche Design pula akan dilancarkan.

Laman Gadgetmatch memuat naik gambar di atas yang ditemui di lokasi pelancaran P20 yang akan berlangsung 27 Mac ini. Ini memberikan petanda P20 Porsche Design mungkin tidak wujud dan sebenarnya Mate RS akan dilancarkan. Rekaannya mungkin berbeza dari Huawei Mate 10 Porsche Design yang dilancarkan tahun lalu.

Penggunaan nama “RS” di sini amat menarik kerana ia singkatan kepada Rennsport yang digunakan Porsche pada kereta edisi berkuasa mereka. Mungkin ini ialah peranti Huawei dengan storan 512GB yang didengari beberapa hari yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate RS Porsche Design Akan Dilancarkan Bersama Dengan P20"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info