Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Bakal Memperkenalkan Inisiatif Khas Menyasarkan Pelajar – GrabVarsity

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk membuat tempahan pengangkutan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Dibawah Grab, mereka mempunyai beberapa penawaran khusus, dan kini ia Grab dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi perkhidmatan baru, dinamakan GrabVarsity.

GrabVarsity

GrabVarsity dilihat ingin memudahkan pengangkutan dan beberapa perkara lain dikalangan para pelajar. Daripada laman rasmi GrabVarsity, ia dilihat menyokong dua universiti tempatan buat masa ini, iaitu Universiti Malaya dan juga Universiti Malaysia Perlis.

GrabVarsity menawarkan diskaun untuk penggunaan Grab ke atau daripada universiti berkenaan. Grab dijangka menambah pelbagai institusi lain dibawah program GrabVarsity tidak lama lagi. Pengamatan kasar juga memperlihatkan yang mana Grab telah menguji inisiatif ini di UM dan UMP sejak beberapa bulan lepas.

Selain penggunaan Grab, beberapa ganjaran lain turut ditawarkan melalui GrabVarsity seperti baucar diskaun untuk Shopee, langganan percuma iFlix, dan lain-lain. GrabVarsity melalui laman mereka turut mengatakan promosi berbeza akan ditawarkan setiap bulan – dan angka ganjaran yang boleh ditebus oleh pelajar dari sesuatu universiti itu adalah terhad.

Untuk pendaftaran GrabVarsity, pelajar perlu menggunakan alamat emel institusi mereka – selain mana mereka tidak akan dapat menebus GrabRewards untuk penggunaan dibawah GrabVarsity.

Pihak Grab akan melancarkan program ini secara rasminya pada minggu hadapan, dimana kita mungkin akan dapat info lanjut mengenai inisiatif baru ini.

Layari : GrabVarsity



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Bakal Memperkenalkan Inisiatif Khas Menyasarkan Pelajar – GrabVarsity"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info