Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Lens Diaktifkan Kepada Semua Peranti Android Hari Ini

Google Lens ialah fungsi menarik yang diperlihatkan oleh pada acara Google I/O tahun lalu. Ia membolehkan peranti melihat persekitaran anda, menganalisa apa yang dilihat sebelum memberikan maklumat yang dirasakan relevan kepada pengguna. Ia adalah fungsi eksklusif kepada peranti Pixel sehinggalah hari ini.

Peranti Android yang telah mengemaskini Google Photos ke versi paling terkini mula menerima fungsi ini pada peranti mereka. Apa yang anda perlu lakukan ialah melancarkan Google Assitant. Pada bucu bawah sebelah kanan terdapat ikon empat segi berbentuk kamera. Apabila ditekan ia akan melancarkan Google Lens. Tekan subjek pada skrin untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Pengaktifan fungsi ini sudah lama kami nantikan. Malahan fungsi yang sama mula dilihat pada peranti pengeluar seperti Galaxy S9 menerusi pembantu maya Bixby mereka. Google Lens buat masa ini hanya diaktifkan bagi peranti Android dengan versi iOS menyusul dalam masa terdekat.

Muat turun versi terkini Google Photos dari Play Store [/donwload]

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Lens Diaktifkan Kepada Semua Peranti Android Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info