Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Friend Request Yang Luput Selepas 14 Hari

Menghantar permohonan menjadi teman di Facebook ialah perkara lazim yang kami yakin ramai pernah lakukan. Kadang kala pengguna boleh menerima terlalu banyak permohonan sehingga mereka terlupa untuk memeriksa jumlah yang diterima. Facebook ini sedang mencuba fungsi baru yang memadam permohonan menjadi teman selepas 14 hari.

Fungsi ini hanya diuji pada sebilangan kecil pengguna menurut laporan Techcrunch. Ia diuji bagi mengurangkan permohonan yang bertimbun sehingga mengambil masa yang lama untuk dilihat oleh pengguna. Ia mungkin mensasarkan golongan selebriti yang hanya boleh mempunyai 5000 permohonan menjadi teman pada satu-satu masa. Apabila had permohonan ini dicapai, pengguna tidak boleh menerima sebarang permohonan baru.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Friend Request Yang Luput Selepas 14 Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info