Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Membatalkan Hasrat Untuk Hadir Dengan Dua Newsfeed Berbeza

Facebook sebelum ini telah membuat ujian eksperimen melibatkan enam buah negara, dimana Facebook mengasingkan
NewsFeed kepada dua. Newsfeed utama memaparkan pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, sementara yang kedua memfokuskan kepada perkongsian daripada Pages.

Facebook Newsfeed

Selepas melakukan eksperimen berkenaan untuk beberapa bulan, kini gergasi laman sosial berkenaan menamatkan eksperimen berkenaan – sekaligus menamatkan hasrat untuk memperkenalkan dua Newsfeed berasingan.

Facebook mengatakan melalui eksperimen di enam buah negara itu, mereka mendapati para pengguna tidak inginkan dua Newsfeed berbeza, selain pada masa yang sama ia juga tidak membantu dalam meningkatkan komunikasi antara ahli keluarga.

Dengan perubahan ini juga, Facebook akan mula menamatkan ciri Explore Feeds yang telah diperkenalkan kepada sejumlah pengguna sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Membatalkan Hasrat Untuk Hadir Dengan Dua Newsfeed Berbeza"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info