Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ARM Memperkenalkan Cip Grafik Mali G52 – Menjanjikan Prestasi 30 Peratus Lebih Tinggi Dari Cip Sebelum Ini

Cip pemprosesan grafik bukan sahaja hadir melalui komputer dan laptop, malah telefon-telefon pintar juga menggunakannya untuk tujuan menggerakkan grafik 3D didalam peranti-peranti tersebut.

ARM, syarikat pembuat cip pemprosesan untuk peranti mudah alih telah mengumumkan bahawa mereka baru sahaja memperkenalkan cip pemprosesan terkini mereka, iaitu GPU Mali G52, dimana syarikat tersebut mengatakan bahawa ia 30 peratus lebih pantas berbanding dengan cip Mali G51 sebelum ini.

Rekaan cip grafik G52 ini juga sedikit berbeza berbanding dengan cip sebelum ini. tetapi ARM menyatakan bahawa pembina peranti pintar boleh memilih untuk samada menggunakan cip dengan satu hingga empat teras dengan pilihan dua atau tiga EU (Execution Units) bergantung kepada peranti yang memerlukannya.

Buat masa ini, ARM masih belum mengumumkan lagi bilakah cip grafik ini akan hadir di pasaran, dan peranti manakah yang akan mula menggunakannya, tetapi kami pasti ia akan diumumkan oleh pembuat-pembuat peranti pintar tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ARM Memperkenalkan Cip Grafik Mali G52 – Menjanjikan Prestasi 30 Peratus Lebih Tinggi Dari Cip Sebelum Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info