Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S9 Hadir Dengan Sokongan Treble Untuk Kemaskini Android Lebih Pantas

Google sebelum ini telah mengumumkan Project Treble – dimana melaluinya mereka ingin mengatasi salah satu masalah besar yang dihadapi oleh peranti Android, iaitu kesukaran penawaran kemaskini.

Kebiasaannya, ia menjadi sukar untuk menawarkan kemaskini untuk sesuatu peranti kerana tidak ditawarkan sokongan oleh pengeluar cip dan sebagainya. Melalui Project Treble, Google mengatasi masalah berkenaan, dan membolehkan kemaskini ditawarkan dengan mengasingkan beberapa komponen sekaligus memastikan versi Android terkini menyokong cip sedia ada.

Samsung Galaxy S9

Sejumlah peranti sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk Project Treble, dan kini ia dilihat Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut menyokongnya.

Langkah ini akan membolehkan pihak Samsung untuk menawarkan kemaskini Android baru dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Seperti biasa, kita akan mengetahui sama ada implementasinya berjaya atau sebaliknya melalui kemaskini Android akan datang untuk peranti berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S9 Hadir Dengan Sokongan Treble Untuk Kemaskini Android Lebih Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info