Pemintaran objek bakal hadir ke dalam dunia enjin jet. Di acara Singapore Air Show yang sedang berlangsung hari ini, Rolls Royce berkongsi visi enjin jet pintar mereka iaitu IntelligentEngine yang mempunyai kemampuan memperbaiki diri sendiri tanpa campur tangan manusia.
Enjin jet pintar keluaran mereka di masa hadapan berhubung di antara satu sama lain bagi mempelajari tetapan optimum ketika beroperasi. Ia sentiasa menganalisa komponen dan dengan pembelajaran mesin boleh mengetahui bilakah ia perlu diselenggara.
Dengan data penerbangan yang dikumpul, enjin boleh memberikan saranan kepada juruterbang bagi mengurangkan penggunaan bahan api. Di masa hadapan dengan wujudnya robot pintar, kesemua proses selenggara akan dilakukan tanpa campur tangan manusia. Sebuah lagi kerjaya manusia bakal pupus kerana Revolusi Industri 4.0. Adakah kita suah bersedia?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rolls-Royce Melancarkan Visi IntelligentEngine – Enjin Jet Pintar Yang Mampu Memperbaiki Diri Sendiri"